Disebabkan insiden itu, beliau kembali ke bandar kecil SOMMERTON yang berhampiran dengan sempadan AS-Mexico. Masalah timbul apabila, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) penjenayah kartel dadah yang terkenal telah berjaya melarikan diri dari FBI dan cuba melintasi sempadan ke Mexico dengan menggunakan kereta Corvet ZR1 .
Percubaan untuk melepasi sempadan ini mendapat bantuan tentera upahan yang diketuai oleh Burrell Berais (Peter Stormare). Cortez memecut ke arah sempadan AS-Mexico pada kelajuan tinggi melalui pekan kecil Summerton Junction, di mana seluruh penguatkuasaan undang-undang US termasuk Agen FBI iaitu John Bannister (Forest Whitaker) hanya mempunyai satu peluang terakhir buat mereka untuk memintas Cortez sebelum beliau merentasi sempadan buat selama-lamanya.
0 comments