Tuesday 14 May 2013

Tonton Online Kerat 14 Full Movie

Kerat 14 menceritakan tentang penemuan mayat yang bahagian badan sudah dikerat-kerat dalam tong sampah yang menjadi tanda tanya bagi kes pembunuhan yang berlaku.Ia bermula dengan kisah sepasang kekasih, Haziq dan Nurzara yang mahu meraikan hari jadi Nurzara di sebuah disko.

Bagaimanapun, ketika ditinggalkan keseorangan dalam disko, Nurzara didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, Aril. Tanpa dijangka, Aril mencalit minyak pengasih untuk memikat Nurzara. Dia seperti dirasuk apabila mengikut saja Aril yang mengajaknya menari. Haziq tidak dapat menahan kemarahan apabila ternampak kekasihnya menari dan bermesra dengan lelaki lain.

Haziq dan Aril bergelut tetapi dileraikan pengawal kelab disko. Ia tidak berakhir di situ apabila Aril mengekori Haziq dan Nurzara untuk mengetahui tempat tinggal Nurzara. Apabila melihat kelibat Haziq hanya menghantar Nurzara di bawah pangsapuri, Aril terus mengekori Nurzara. Nurzara yang masih teringat-ingatkan Aril terkejut apabila melihat kelibatnya di hadapan rumah. Mereka memadu asmara, sambil Aril mencuri barang kemas dan dompet Nurzara. Haziq yang tidak sedap hati ke rumah Nurzara dan melihat Aril sedang bercumbuan dengan kekasihnya. Di sini berlaku insiden pembunuhan apabila Haziq tidak sengaja menyebabkan kematian Aril.


Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© 2011 Download & Watch Movie Free
Designed by Blog Thiet Ke
Posts RSSComments RSS
Back to top